cara-cari-duit-sampingan

Archive
Powered by Blogger.

Buat Bisnes Freelance Fiverr

cara buat bisnes fiverr
Kali ni saya nak cerita pengalaman saya menjalankan bisnes freelance dari rumah.  Tapi sebelum tu kepada kawan-kawan yang terlepas entry sebelum ini, saya ada kongsikan idea bisnes iaitu bisnes otak-otak dan tempahan kek dari rumah.

Pada dasarnya, saya akan kategorikan bisnes fiverr sesuai bagi mereka yang memang susah nak berengang dengan laptop dan internet, mempunyai minat yang mendalam tentang internet servicing dan ada pengetahuan atau kepakaran dalam sesuatu bidang. Anda tak perlu jadi sangat expert sebenarnya kerana pada pengamatan saya kreativiti dan idea adalah daya penarik utama pelanggan untuk mengambil servis anda. Contoh servis yang mungkin anda boleh tawarkan adalah seperti membuat banner untuk iklan/website, mengarang blog, membuat website, servis SEO untuk blog atau website, melukis, membuat video, membuat lawak dan lain-lain. Jangan hadkan idea anda kepada apa yang saya senaraikan, cuba cari apa servis internet yang anda boleh buat dengan baik dan memberi anda kepuasan.



Apa tu Fiverr? ia adalah satu portal internet - untuk mereka-mereka yang ada kebolehan/kepakaran - untuk ditawarkan kepada pelanggan - dari seluruh dunia - dengan kadar bayaran USD 5.00 setiap servis. Ok, faham tak? Kalau tak faham cuba buka website Fiverr.com dan anda perhatikan sendiri pelbagai servis yang ditawarkan. Proses bisnes ni berjalan sangat mudah dan ringkas seperti dibawah.

Anda Post Servis di Fiverr ---> Pelanggan Order Servis Anda ---> Anda Siapkan Order ---> Anda Dibayar

Jika anda memang mempunyai skill yang boleh diniagakan, tawarkan servis anda di Fiverr kerana:
1. Luaskan perniagaan anda kepada pelanggan dari seluruh pelusok dunia
2. Portal Fiverr adalah tempat nombor 1 untuk freelancer mengiklankan servis mereka
3. Tiada risiko tidak mendapat bayaran
4. Memudahkan, menjimatkan dan mempercepatkan proses urusniaga
5. Kebebasan milik anda!

Sebenarnya kalau nak cerita panjang tips dan trick pasal Fiverr saya rasa entry kali ni akan jadi yang paling panjang. Jadi untuk memudahkan anda, saya dah sediakan satu ebook tips fiverr percuma untuk anda download. Jadi lepas ni kalau nak buat tak perlu la nak cari entry saya di blog, cuma buka ebook je lagi mudah. Tips ni saya compile daripada pembacaan saya dan campuran sedikit pengalaman sendiri. Mudah-mudahan anda akan faham dan mula lakukan servis fiverr anda sendiri. Lepas tu boleh la jana wang dari Fiverr. Jom download tips fiverr percuma

Ok, sampai disini dulu. Entry seterusnya saya akan kongsikan idea bisnes wireless dari rumah anda. Idea ni sangat ideal bagi mereka yang melanggan servis internet berkelajuan tinggi >1Mbps seperti Unifi. Untuk medapat update pantas dari blog Simple Bizzz anda boleh lakukanya dengan melangan RSS Atom dan juga Facebook Fanpage Simple Bizzz. Jangan lupa like dan share idea-idea yang berguna. Terima kasih.


0 comments:

All Time Favourite

+Positive Energy Charger

cara-cari-duit
POSITIVE ENERGY CHARGER

cara-cari-duit-sampingan