cara-cari-duit-sampingan

Archive
Powered by Blogger.

Buat Bisnes Otak-Otak Dari Rumah













Bisnes Otak Otak 
Otak-otak memang kegemaran saya. Kalau makan di luar bersama isteri pantang nampak bakul berisi 10 batang otak-otak pasti disambutnya dengan perut yang
terbuka. Menu makan utama tak sampai lagi, otak-otak tinggal kulit dan lidi sahaja. Sekarang ni banyak jenama otak-otak dipasaran, semasa saya bujang saya suka otak-otak Kempas. Rasanya sangat sedap, cukup rasa ikan dan pedasnya. Kebetulan pada masa itu memang masih menetap di Johor, jadi tak susah nak cari. Tapi sekarang tinggal di KL, kena la rasa yang KL punye, not bad, setiap pengilang ada rasa dan style tersendiri. Bagi saya asalkan rasa ikan, tidak masam, pedas sikit dan juicy pun dah cukup untuk memuaskan selera.

Dalam entry yang lepas, saya ada berkongsi dengan anda bagaimana makcik saya, Cik Jue melakukan bisnes tempahan kek dari rumah. Kali ni saya kongsikan pengalaman sendiri menjual otak-otak di kawasan gerai makan.

Sebelum ini saya pernah ada pengalaman menjual otak-otak di Batu Caves. Sesiapa yang minat bisnes yang senang dan tak perlu kotor-kotorkan tangan dan baju, boleh la teruskan membaca sebab bisnes nini memang sangat senang. Adik saya tingkatan 2 pun boleh buat.



Berdasarkan survey saya dikawasan Selangor terutamanya di Gombak dan Selayang, harga bagi sebatang otak-otak mentah adalah 30sen, dan harga jualan pada masa ini adalah 60sen sebatang. Maksudnya kadar keuntungan hampir 100%. Anda semua cuba cari investment apa diluar sana bagi return yang tinggi berbanding dengan perniagaan berasaskan makanan. Kalau kita bandingkan semua jenis punca pendapatan, saya pasti perniagaan adalah top ranker. Walhal pernah dikhabarkan perniagaan itu adalah 9/10 punca pendapatan. Siapa nak sangkal silakan.

Bisnes otak-otak memang sangat sangat mudah, modal nak mula pun tak banyak. Ia bergantung kepada tempat dan strategi berniaga anda. Saya akan kongsikan 2 jenis strategi yang boleh anda fikirkan keberkesananya.

1. Berniaga Otak-Otak di Kawasan Gerai Makan (Outdoor). Perkara yang perlu diambil kira adalah:-
- lesen tapak niaga (optional)
- elektrik (optional)
- sewa tapak niaga
- dapur pemangang (yang moden guna gas, yang oldschol guna arang)
- tong gas atau arang
- bakul kecil/besar (untuk isi 5/10 batang otak-otak)
- signboard (optional)
- lampu (optional)
- stok otak-otak

2. Berniaga Otak-Otak dari Rumah (Indoor). Teknik ni sesuai untuk mereka yang menetap di kawasan  perumahan bertingkat seperti apartment, kondominium atau rumah flat. Mari kita lihat apa yang anda perlukan.
- microwave oven
- stok otak-otak
- beg plastik/kertas
- flyer

Ok, mari kita bincang secara ringkas apakah perbandingan dua strategi ni. Untuk strategi nombor 1, sangat sesuai bagi yang nak keuntungan cepat dan lebih banyak, mempunyai kenderaan untuk angkut barang2 niaga, tangkas, pantas, mesra dan mempunyai masa yang banyak. Kalau berniaga di kawasan gerai makan, biasanya ramai yang akan makan dalam lingkungan jam 8-12 malam pada hari berkerja, pada hari minggu pula kadang kala sampai jam 3 pagi pun masih ada yang baru datang nak makan. Kalau anda dalam kumpulan ni, anda perlu kerja lebih kuat, lebih mesra, lebih senyuman :) dan lebih ucapan terima kasih.

Bagaimana pula dengan strategi nombor 2? Terang-terang sangat mudah kan. Ada order masak guna microwave oven, takda order rilek. Jangan la cmtu, kalau anda nak berniaga, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Yang senang pun anda juga nanti. Anda boleh bermula dengan mengedarkan flyer servis penghantaran otak-otak terus ke rumah, masukan kedalam peti surat setiap penduduk. Ini idea sahaja, anda boleh fikirkan tambah nilai servis anda untuk menarik perhatian pelanggan supaya membeli. Fikirkan juga untuk majukan bisnes anda dengan adakan servis penghantaran seperti Mc Donalds, mudah-mudahan menjadi kenyataan.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh anda perhalusi kerana idea berniaga adalah pelbagai, sebab tu kita nampak pelbagai jenis perniagaan dengan jenama berlainan. Anda hanya perlukan perkara pokok iaitu berniaga kerana berkhidmat untuk masyarakat, InsyAllah rezeki anda berkat. Anda mempunyai persoalan dan idea, bincangkan diruangan komen. Semoga rakan-rakan lain mendapat faedah.


1 comments:

Unknown said...

Saya Devina dari indonesia di Surabaya, saya mengabdikan waktu saya di sini karena janji yang saya buat untuk Nyonya Elizabeth yang kebetulan merupakan pemberi pinjaman online dari perusahaan pinjaman Elizabeth dan saya berdoa kepada ALLAH agar dia dapat melihat posting saya pada hari ini.

 Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar diposting oleh seorang wanita bernama Arnah dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online dari Dr James Mowat, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Nyonya Elizabeth dan Nyonya Elizabeth meminjamkan 250,000,000 Rupiah tanpa tekanan dan tunda, jangan hubungi Dr. James Mowat melalui email: jamesmowatloanfirm@gmail.com untuk menghindari menjadi korban penipuan.

Saya memutuskan untuk menghubungi Arnah untuk mengkonfirmasi apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari Nyonya Elizabeth, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Nyonya Elizabeth saya bersikeras bahwa dia harus tolong beri tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan itu sangat mudah tentang bagaimana mengajukan permohonan pinjaman dari Nyonya Elizabeth yang perlu saya lakukan adalah menghubungi dia, mengisi formulir aplikasi mengirimnya kembali, mengirim salinan pindaian kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya . lalu saya bertanya padanya bagaimana Anda mendapat pinjaman? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, itu sangat mengejutkan.

 Saya menghubungi Nyonya Elizabeth dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untungnya bagi saya saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya berhasil disetujui tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta untuk membuat janji untuk membagikan kabar baik Nyonya Elizabeth dan itu adalah mengapa Anda melihat posting ini hari ini. untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan dari 150,000,000 Rupiah. Jadi saya menyarankan setiap orang yang mencari sumber yang dapat dipercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Nyonya Elizabeth melalui Email: elizabethchristopherloan@gmail.com untuk pinjaman aman Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya : devinairf128@gmail.com atau Anda juga dapat menghubungi Arnah di arnahnana01@gmail.com. Saya percaya satu giliran yang baik layak mendapat yang lain.

All Time Favourite

+Positive Energy Charger

cara-cari-duit
POSITIVE ENERGY CHARGER

cara-cari-duit-sampingan