cara-cari-duit-sampingan

Archive
Powered by Blogger.

Belajar Matematik Sambil Menyanyi (KASDIM)

kasdim matematik bijak
Saya tertarik untuk mengulas tentang pembelajaran matematik dengan lagu. Idea ini timbul semasa saya sedang membelek katalog buku pelajaran untuk kanak-kanak di Adik Bijak. Maklum la anak saya baru berumur 1 tahun dan mudah tertarik kepada kartun Upin dan Ipin, jadi saya bercadang untuk mencari bahan pembelajaran berasaskan video dan audio. Daripada tengok kartun, ada baiknya kita selitkan dengan pembelajaran sejak dari awal. Mudah-mudahan cepat pandai dan cerdas akalnya.

Sebenarnya saya tertarik dengan DVD Belajar Matematik Sambil Bernyanyi yang diasaskan oleh Ahsahri Hj. Kasdi terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Tapi siapa Ashari Hj. Kasdi dan apa tu KASDIM? Saya dah google dan ada la maklumat yang boleh dikongsikan. Teknik KASDIM telah disiarkan dalam Utusan Harian pada 6 Jun 2001, kira-kira 11 tahun yang lepas.

Petikan ini juga mengingatkan saya kepada seorang guru pakar matematik saya di MRSM Muar, Cikgu Atan Mat Lazi. Beliau turut melagukan operasi matematik tambahan untuk mudahkan kami faham. Maklum lah, add math memang tahap susah sangat2. Oklah, mari kita baca petikan akhbar ini:-


Minda Genius - Mengangkat Minda Ke Dimensi Baru


KASDIM ...memahirkan matematik melalui nyanyian

Oleh FAZLIN MOHAMAD ZAKI
MENYANYI dapat meningkatkan kecekapan seseorang dalam mengira. Ini dibuktikan dengan penemuan formula mengira sambil menyanyi `KASDIM' oleh Ahsahri Kasdi, 32, guru di Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor yang dinobatkan pemenang ke-3 Guru Inovatif Sekolah Rendah sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2000. 
KASDIM atau nama penuhnya Kaedah Ahsahri dalam Inovasi Matematik merupakan suatu kaedah pembelajaran dan pengajaran pelajar secara menyanyi untuk menghafal formula-formula matematik dan menyelesaikan masalah pengiraan. Kaedah KASDIM ini sesuai untuk pelajar sekolah rendah tahap satu dan dua. Ahsahri berkata, matlamat utama pengenalan KASDIM ialah untuk memudahkan dan menguatkan daya ingatan pelajar mengenai asas matematik dan hafalan sifir.
"Ini kerana ramai pelajar tidak boleh membaca sifir dengan lancar. Melalui formula ini, pelajar dapat menjawab soalan matematik dengan mudah,'' katanya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Ahsahri, idea menghasilkan formula tersebut tercetus apabila dia menyedari tentang kelemahan pelajar untuk mengingati fakta dan asas-asas matematik terutama sekali pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolahnya.
"Saya mengandaikan masalah ini timbul kerana faktor didikan di rumah, pengaruh persekitaran dan kecergasan pelajar menyebabkan mereka lemah,'' jelasnya. Beliau mengakui prestasi pelajar di kawasan luar bandar agak ketinggalan berbanding pelajar di bandar kerana mereka secara tradisinya kurang diberi pendedahan pelajaran yang secukupnya oleh keluarga, jelasnya yang mengajar di salah sebuah sekolah di perkampungan nelayan di Johor.
Sehingga kini sebanyak 13 buah lagu formula matematik ciptaannya sendiri di muatkan dalam buku panduan `Belajar Matematik Sambil Bernyanyi' untuk pelajar darjah empat hingga enam, kumpulan pelajar lemah dan yang tidak menghafal sifir. Antara judul lagu yang terdapat dalam buku panduan tersebut termasuklah Mari Mengeja, Pak We Pak Wa La Ga Wa, Rumah Nombor, Bundar, Tolak Tambah, Kotak, Oh La La, Pecahan, Diskaun, Untung Rugi dan banyak lagi.
Setiap lagu yang dicipta hanya mengambil masa selama sehari untuk disiapkan tetapi ada juga sehingga seminggu bergantung kepada masalah sesuatu bab. Menurutnya jika bab tersebut rumit, maka dia dan pembantunya akan berbincang membuat lirik yang sesuai bagi mempermudahkan pelajar mengingati cara pengiraan yang betul. Turut membantu Ahsahri ialah guru matematik sekolah tersebut, Wan Lokman Che Wan Ibrahim.
Pengenalan KASDIM dalam proses pembelajaran mula dilaksanakan sejak tahun 1997 - yang diragui keberkesanannya. Bagaimanapun, formula mengira sambil menyanyi terbukti berjaya apabila keputusan subjek matematik dalam peperiksaan UPSR sekolahnya meningkat secara mendadak dari 69 peratus pada tahun 1997 kepada 98 peratus pada tahun 2000. Jika dibandingkan keputusan peperiksaan UPSR sebelum 1997 keputusannya adalah di tahap sederhana iaitu 55 peratus.
Mengimbas kembali kali pertama formula tersebut diperkenalkan pada tahun 1997 iaitu dua bulan sebelum peperiksaan UPSR dijalankan merupakan jalan terakhir melengkapkan pelajar sebelum ke dewan peperiksaan. Ternyata usahanya tidak sia-sia kerana peratusan pelajar lulus peperiksaan dalam subjek matematik meningkat dari tahun pertama ia diperkenalkan iaitu pada tahun 1997 hinggalah sekarang. Setiap kali sesi matematik, beliau akan menggunakan set induksi iaitu mengambil masa lima minit pada awal waktu pembelajaran dengan mendengarkan lagu formula matematik yang hendak diajar kepada pelajar. Dengan ini, pelajar akan lebih jelas mengenai sesuatu bab sebelum diberi latihan untuk dijawab sendiri.
Selain di bilik darjah, kelab matematik juga turut mempraktikkan formula KASDIM sebagai modul pembelajaran bagi aktiviti kelab tersebut. Sehingga kini, formula KASDIM sudahpun diperkenalkan di sekolah-sekolah di Johor, Perak, Pahang dan Selangor. Selain pelajar, guru-guru dan ahli-ahli di Pusat Kegiatan Guru (PKG) juga diberi pendedahan bagaimana untuk mengajar subjek matematik dengan kaedah menyanyi, jelasnya yang baru selesai rakaman Laman Minda sebagai ahli panel bakal ditayangkan di siaran pendidikan Astro tidak lama lagi. "
Dah baca? Kalau anda nak tahu DVD Belajar Matematik Sambil Bernyanyi  ini sesuai untuk anak-anak berumur dari 7 tahun ke atas. Jika anda berminat nak beli tapi malas nak kuar rumah, saya cadangkan anda order online je di website AdikBijak.com, sangat mudah, pembayaran boleh dilakukan secara online, penghantaran akan dilakukan terus ke rumah anda. Harga pasaran sekarang adalah RM20.00 sahaja dilengkapkan dengan 1 buku panduan dan 13 lagu matematik. Jika anda ingin maklumat lanjut sila semak keterangan pada pautan ini DVD Belajar Matematik Sambil Bernyanyi.


0 comments:

All Time Favourite

+Positive Energy Charger

cara-cari-duit
POSITIVE ENERGY CHARGER

cara-cari-duit-sampingan