cara-cari-duit-sampingan

Archive
Powered by Blogger.

Mati selepas minum ubat buatan sendiri

Berita ni pun sangat mengejutkan. Mangsa dikatakan buat ubat sendiri dan diminum bersama minuman berkarbonat. Namun tak dinyatakan apakah campuran tu.


Emm...hati-hati  kepada kawan-kawan yang ada hobi yang sama seperti ini, jangan bahayakan diri sendiri. Gambar disebelah adalah satu eksperimen belakang rumah yang anda boleh lakukan sendiri, anda ambil mentos dan campurkan dengan Coke, perhatikan sendiri tindakbalas membuak-buak. Tak tau la apa akan jadi kalau makan mentos dan kemudian minum coke, huhu.. 
Ok jom baca berita kematian tadi.

Sungai Petani: Seorang wanita berusia 23 tahun mati, dipercayai selepas meminum ubat buatan sendiri bersama teman lelakinya, di Taman Mutiara, di sini malam kelmarin.

Mangsa yang dikatakan sudah bertunang dengan seorang lelaki yang kini berada di Pahang, dikatakan meninggal dunia sebaik tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Sementara itu, teman lelakinya berusia 20 tahun yang turut dihantar ke hospital sama masih dirawat. 


Mangsa sempat berbuka puasa bersama ibu di rumah kami di Taman Kempas sebelum keluar untuk berjumpa rakan kira-kira jam 9.30 malam” - Ahli keluarga mangsa

Terdahulu, pasangan terbabit dikatakan ditemui orang awam kira-kira jam 12 malam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan, sebelum dihantar ke HSAH untuk rawatan.

Sebelum itu, mereka dikatakan mendaftar masuk ke sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara. Berdasarkan maklumat, pasangan terbabit dikatakan meminum ubat yang dicampur minuman berkarbonat. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

“Buat masa sekarang, kita klasifikasi kes sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan bedah siasat pihak hospital untuk melengkapkan siasatan,” katanya. 
Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, berkata sebelum kejadian mangsa sempat berbuka puasa bersama ibunya di rumah mereka di Taman Kempas, di sini sebelum keluar untuk berjumpa rakan kira-kira jam 9.30 malam.

“Dia beritahu ibunya mahu keluar untuk beli baju raya. Namun, kira-kira jam 1 pagi kami dimaklumkan dia meninggal dunia dan mayatnya berada di hospital,” katanya. - Sumber Berita Harian

1 comments:

Unknown said...

Casino Bonus Codes - December 2021
No poormansguidetocasinogambling.com deposit bonus septcasino.com casino communitykhabar promotions. We recommend 2021 casino bonus wooricasinos.info codes and promos for new players. We also list new casino bonuses for December 토토 사이트 도메인 2021.

All Time Favourite

+Positive Energy Charger

cara-cari-duit
POSITIVE ENERGY CHARGER

cara-cari-duit-sampingan