Benarkah Wujud Orang Yang Boleh Terbang?
Posted by
MSA |
Edit Post
Jika anda perasan, watak Superman pada awalnya ganas dan tidak terkawal, tapi disebabkan dia dibesarkan dari bayi dari kapal kapsulnya oleh pasangan peladang telah menyebabkan dia menerima adab dan perangai yang lebih baik dan terkawal. Mak dan ayah angkat Superman tidak gemar anak angkatnya itu terlalu menonjolkan diri dengan kuasa luarbiasanya sebaliknya cuba menjadikan dia sebagai manusia biasa dengan sifat seperti orang biasa. Namun apa boleh buat, sesuatu yang besar kelebihannya pasti ada menghadapi keburukan yang besar juga. Bila meningkat dewasa bermulah episode superhero Superman dan nak tak nak dia terpaksa menonjol untuk kononya menyelamatkan keadaan buruk. Itu yang ditayangkan di TV.
Disebalik keseronokan menonton Superman, anda tahu tak siapa yang mencipta watak Superman ini? Mereka adalah dua orang Jewish (Yahudi) iaitu Shuster dan Siegel. Watak Superman dilihat mengambil idea atau asimilasi watak-watak terdahulu Bangsa Rom seperti Hercules dan Samson dimana kedua-duanya berkaitan dengan mitos lama ketuhanan Greek. Kekuatan luar biasa yang dimiliki kononya untuk menegakkan keadilan dan menghentikan korupsi. Secara halusnya, watak Superman adalah seperti agen sosialis keamanan supaya masyarat dapat menerimanya sebagai penyelamat bumi. Pendapat peribadi saya ada baik dan buruknya daripada menonton kartun Superman. Apa-apa pun saya lebih melihat kepada nilai yang cuba disampaikan kepada penonton. Tapi saya tidak juga menolak adanya agenda halus yang melalaikan dan memesongkan seperti bila mana kita rasakan secara spontan Superman boleh menyelamatkan manusia dalam apa jua keadaan, lalu lupa Allah itu ada lagi Maha Besar Kuasanya. Nauzubillah, lindungi akidah kami Ya Allah!
Sebenarnya saya nak kongsikan satu video seorang gadis perempuan di Rusia yang boleh terbang terakam oleh video amatur. Disebabkan dia boleh terbang, jadi pada mulanya tadi saya teringat pada Superman. Itu yang intro panjang pasal Superman.
Kesahihan video perempuan muda terbang ini tidak dapat dipastikan, kalau rujuk pada ruangan komen ada pelbagai pendapat. Saya pun tak tahu nak komen apa. Cuma kalau benar-benar ada kejadian seperti ni sebagai Muslim kita perlu akui itu adalah tanda kebesaran Allah dan Dialah yang Maha Mengetahui. Jika anda ingin tonton video ini, klik pada video diatas. Mudah-mudahan Supergirl dalam video diatas dapat gunakan kelebihannya untuk kebaikan. Entry sebelum ni saya ada kongsikan sesuatu yang sangat gempar, dimana seorang ahli silap mata terpotong leher isterinya sendiri dalam satu pertunjukan. Kalau anda tak kuat semangat jangan la tengok, risau anda pengsan pulak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
All Time Favourite
-
Pada entry lepas saya kongsikan bagaimana anda boleh buat bisnes sebagai freelancer di Fiverr dan pada penutupnya...
-
Otak-otak memang kegemaran saya. Kalau makan di luar bersama isteri pantang nampak bakul berisi 10 batang ot...
-
Petang-petang mcm ni saya lebih suka santai dengan melihat junk-mail saya. Tiba-tiba terjumpa la satu email ni yang ba...
-
Kali ni saya nak cerita pengalaman saya menjalankan bisnes freelance dari rumah. Tapi sebelum tu kepada kawan-kawan ya...
-
Cuba anda tengok gambar-gambar lama ni, cuba bandingkan dengan teknologi yang kita guna sekarang contohnya teksi, forkl...
+Positive Energy Charger

POSITIVE ENERGY CHARGER
0 comments: