cara-cari-duit-sampingan

Archive
Powered by Blogger.

Buat Bisnes Wireless AP Di Rumah

buat-duit wireless internet
Pada entry lepas saya kongsikan bagaimana anda boleh buat bisnes sebagai freelancer di Fiverr dan pada penutupnya saya janji akan kongsikan bagaimana saya buat duit daripada wireless unifi dari rumah saya sendiri.


Ada lagi 4 hari sebelum kita menyambut aidilfitri 2012, dan Ramadhan bakal meninggalkan kita dalam masa yang sama. Cepat betul rasanya masa berlalu. Bagaimana  keadaan anda pada masa ini, dah beli baju raya? Dah servis kereta balik kampung? Dah buat kuih raya? Haha, itu lah adat Melayu sejak dari dulu lagi apabila menyambut Hari Raya.  Namun apa yang penting adalah pengurusan kewangan, jangan belanja sakan sampai tak ingat bila gaji bulan depan, belilah apa yang perlu sahaja ok. Ada duit simpan dan laburkan, ceh ni dah masuk investment pulak. Takpe nanti saya akan kongsikan juga bagaimana nak pilih investment boleh memaksimumkan pulangan selain ASB pada ruangan Santai. Nantikan...

Baiklah berbalik kepada topik kita. Kepada mereka yang melanggan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi atau high speed broadband, anda sepautnya ambil peluang ini jika dirumah anda dibekalkan dengan wireless router. Kita perlu sedar sebenarnya kita melanggan servis yang mahal dan kadar penggunaan kita bukanlah pada kadar maksimum. 

Contohnya saya melanggan Unifi VIP 5 bermaksud saya ada internet kelajuan 5Mbps. Tapi penggunaan saya hanya untuk update blog, facebook dan online trading yang mana secara purata 8 jam sehari sahaja masa saya unuk internet. Sebelum ini saya melanggan Streamyx 1Mbps pun dah cukup sebenarnya, cuma saya perlukan sedikit lagi kelajuan yang saya kira-kira 2Mbps sudah memadai. Tapi dipasaran tiada pakej 2Mbps, terpaksa la langgan juga yang 5Mbps. Jadi saya simpulkan seperti dibawah.

Saya perlukan : 2 Mbps Unifi (untuk kegunaan sendiri)
Pilihan pakej broadband : Unifi VIP 5 (5 Mbps)
Kadar bayaran sebulan : RM150.00
Lebihan  : 3 Mbps untuk disewakan ( maksudnya boleh buat duit $$$)

Jadi apa yang saya lakukan ialah dengan menamakan wireless network id saya seperti ini: "Unifi 5M sms 01926539## to try" saya letak nombor telefon saya. Alhamdulillah, ada yang request utk cuba access dan saya bagi mereka trial period 48jam. Kemudian selepas 48jam saya tukar password baru dan mereka yang pernah cuba akan menghubungi saya semula jika mereka berpuas hati, kali ni saya tawarkan servis wireless kepada mereka. Biasanya pelanggan seperti ni tidak kerap menggunakan internet, sebab tu mereka tidak melanggan servis internet ataupun mereka tidak tahu nak pilih servis yang mana. Jadi saya sewakan 3Mbps lebihan kepada pelanggan. Jadi soalanya berapa sepatutnya kita charge mereka? Jom lihat kira-kira ni

Target servis (QoS): 1Mbps/pelanggan 
Bilangan Pelanggan: 3 orang
Charging: RM2/sehari (kadar saya tetapkan)
Income: 3pelangganxRM2x30hari  = RM180.00

Anda nampak, saya sebenarnya boleh simpan duit daripada bayar bil unifi dan elektrik. Kos sebenar saya adalah RM150 unifi + RM20 elektrik modem = RM170.00 .  Anda sendiri boleh lakukan yang sama, cuba la, hanya tukar network id wireless anda je di dalam router anda. Kalau tak tahu cubalah Google cari maklumat. Ataupun saya buatkan lakaran business plan dan saya akan kongsikan bagaimana sebenarnya anda boleh jana lebih pendapatan daripada idea ini hanya dengan berbaik dengan jiran tetangga. Oleh itu saya sangat suka kalau anda LIKE Fanpage Facebook Simple Bizzz disini supaya anda sentiasa mendapat update blog ini dengan pantas.

Jika anda suka idea ini, lakukanlah..sebab jika anda lakukan anda yang dapat faedahnya. Jika anda baru nak melanggan perkhidmatan jalur lebar, anda boleh dapatkan info dan terus order daripada New Era Technology . Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan telekomunikasi dan mobile phone, saya sarankan anda bookmark sebab kadang-kadang ada sales. Kalau anda gila gadget boleh la rebut peluang kalau ada sales. 

Anda ada komen dan pandangan untuk dikongsikan? Sila komen di ruangan komen dibawah. Selamat mencuba!! Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2012 dan selamat bercuti.







0 comments:

All Time Favourite

+Positive Energy Charger

cara-cari-duit
POSITIVE ENERGY CHARGER

cara-cari-duit-sampingan