cara-cari-duit-sampingan

Archive
Powered by Blogger.

Buat Bisnes Tempahan Kek Dari Rumah











Bisnes Kek Coklat

Dah hampir musim perayaan ni, saya teringat pula makcik saya yang suka buat kek. Saya masih ingat lagi bagaimana beliau bermula hanya sebagai hobi. Sebagai suri rumah sepenuh masa, makcik saya yang mesra dengan pangilan Cik
Jue mempunyai banyak masa terluang dirumah. Anak-anak pun dah besar, jadi dapur menjadi rakan rapatnya sekarang. Jom tengok gambar-gambar kek yang Cik Jue hasilkan.

Bisnes tempahan kek yang Cik Jue lakukan semakin mendapat sambutan sekarang. Promosinya bermula dengan rakan-rakan dan jiran-jiran. Disebabkan kek yang dibuatnya sangat sedap dan menarik, sambutan yang diperolehi adalah diluar jangkaan beliau. Jom kita kira anggaran kasar berapa pendapatan sampingan yang boleh Cik Jue dapat. Katakan dalam 1 bulan, beliau mendapat 5 tempahan kek hari jadi rakan-rakanya dengan anggaran sebiji kek adalah RM70, bermaksud dalam 1 bulan beliau boleh simpan RM350. Kalau setahun, 2 tahun, 3 tahun? Anda boleh kira sendiri kan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, pepatah Melayu ada kata. 

Saya buat perbandingan dengan orang yang kerja sambilan atau part time di kiosk atau kedai makan  selama 4 jam sehari selepas waktu pejabat dari 8pm sehingga 12am. Untuk mencapai pendapatan RM350 sebulan, mereka perlu mencari kedai yang menawarkan kadar gaji RM3.50 sejam dan mereka perlu berkerja selama 25 hari. Jika anda bijak anda sepatutnya sudah nampak yang mana lebih baik. 5 kali buat kek di dapur rumah sendiri atau 25 hari berkerja di kedai orang lain. Tapi kita perlu selidik dulu mengapa ramai yang pilih untuk kerja part time diluar. Mereka mungkin ada sebab sendiri yang kita tak tahu, betul tak?


Tapi saya nak menjawab salah satu alasan "Saya Tak Tahu Buat Kek". Jangan pening jangan sedih jangan gusar, sekarang ni banyak dah kursus-kursus masakan atau buat kek yang ditawarkan. Tinggal nak Google Search je, kalau tak tahu juga saya ajarkan. Buka website ni Google.com, kemudian taip "Kursus buat kek"  kemudian tekan enter. Harga kursus yang ditawarkan juga berpatutan. 

Jika anda memang ada kesukaran  seperti tiada kenderaan untuk ke tempat kursus atau sangat sibuk tiada masa untuk keluar rumah, saya sarankan anda belajar sendiri dari panduan di internet. Boleh juga, tak salah. Macam2 ada cara nak berjaya sekarang ni. Kalau anda tergolong dalam kumpulan ni,saya nak sarankan satu ebook yang sudah saya selidik memang berkualiti. Ebook Sensasi Coklat bukan sahaja bertulis, malah lengkap dengan video yang menunjukan cara sebenar membuat kek, jika anda fokus dan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukan, anda pasti boleh lakukannya! Ada diselitkan juga bahan-bahan rahsia yang boleh anda gunakan untuk menambah seri kek anda. Saya jamin anda akan dapat merasai sendiri keseronokan membuat kek melalui video, dan saya sangat sarankan kepada yang memang tiada pengalaman membuat kek dan yang ingin memulakan bisnes kek dari rumah. Yang paling penting anda berusaha untuk memperbaiki taraf hidup anda. Saya doakan semoga usaha gigih anda akan menghasilkan pulangan yang memuaskan untuk jangka masa yang panjang.

Semoga anda mendapat idea daripada entry saya kali ini. Jika anda rasa info ini berguna, sila amalkan dan mudah-mudahan berjaya! Saya juga menerima sebarang komen dan pandangan anda. Jumpa lagi pada entry akan datang. 


2 comments:

Anonymous said...

SURE WINNERS CASINO GAMES - SURE WIN rb88 rb88 메리트카지노 메리트카지노 메리트카지노총판 메리트카지노총판 planet win 365 planet win 365 바카라사이트 바카라사이트 카지노사이트 카지노사이트 12bet 12bet 769 Best Bet in China: Lucky Star Slot Review

xiangabelman said...

Casinos Near DC (Spartan) by Wyndham, Las Vegas, NV
Casinos 시흥 출장샵 Near DC (Spartan) by Wyndham, Las Vegas, NV · D.C. Hotel · 경주 출장샵 E.J. Hotel · F. Wynn 김포 출장샵 Hotel 용인 출장샵 and Casino · F. Wynn Hotel · I.R. Hotel & Casino · I.R. Hotel & Casino. 익산 출장샵

All Time Favourite

+Positive Energy Charger

cara-cari-duit
POSITIVE ENERGY CHARGER

cara-cari-duit-sampingan